Wednesday 18 March 2015

TUNTUNG SUNGAI – RIVER TERRAPIN BREEDING CENTRE

Tuntung tergolong dalam kumpulan reptilia, menyerupai penyu, labi-labi, dan kura-kura. Terdapat dua jenis tuntung, yang dapat dibezakan melalui habitat asalnya iaitu Tuntung Sungai dan juga Tuntung Laut. Walaupun kedua-duanya hidup di kawasan yang berbeza, namun tiada perbezaan dari segi fizikan mahupun tempoh hayatnya, yang boleh mencecah umur 70 ke 80 tahun.
Perbezaan yang dapat dilihat dengan ketara adalah diantara Tuntung jantan dan betina, dimana Tuntung betina mempunyai saiz yang lebih besar berbanding Tuntung jantan. Makanan utama bagi kedua-dua spesis Tuntung Laut dan Tuntung Sungai adalah buah-buahan, tumbuh-tumbuhan, dan juga ikan-ikan kecil yang berada disekitat habitatnya. Di antara perbezaan Tuntung, dan keluarga rapatnya Penyu, adalah kaki renangnya yang menyerupai bentuk Penyu, akan tetapi dengan kuku seperti Kura-kura.
Tuntung, khususnya anak yang baru sahaja menetas amat mudah diancam oleh haiwan pemangsa seperti Biawak, Buaya, dan juga Memerang. Oleh itu, kerajaan negeri Perak telah manubuhkan aktiviti pemuliharaan spesis Tuntung ini yang dijalankan pihak Perhilitan, dengan pembangunan “River Terrapin Breeding Centre” ataupun Pusat Konservasi Tuntung di Bota, Perak. Institusi tersebut terletak hanya 11 kilometer dari D Hotel Seri Iskandar, dan terbuka kepada pelancung dan pelawat yang ingin mengetahui specis Tuntung ini dengan lebih mendalam.
Bagi mereka yang berminat untuk mempelajari haiwan diatas dengan lebih lanjut, bolehlah merancang sesi percutian bersama kami di D Hotel Seri Iskandar melalui laman web kami di http://www.dhotel.my.
Sila ‘like’ page Facebook kami di http://www.facebook.com/dhotel.my untuk promosi-promosi dan berita terkini.

No comments:

Post a Comment