Thursday 12 March 2015

PENGENALAN BANDAR SERI ISKANDAR

Bandar Seri Iskandar dinamakan besempena Sultan Iskandar Shah yang pada masa dahulunya memerintah negeri Perak. Terletak disekitar 40 kilometer barat daya kawasan Ipoh, Seri Iskandar adalah distrik daerah kepada Perak Tengah.
Seri Iskandar lebih dikenali dengan Institusi-institusi Pengajian Tinggi yang terletak di kawasan tersebut, diantaranya termasuklah Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Teknologi Mara atau dikenali sebagai UITM. Faktor ini juga menyumbang kepada reputasi Seri Iskandar sebagai ‘Bandar Ilmu’. Bukan sekadar itu, Seri Iskandar juga terletak berhampiran dengan pelbagai tarikan pelancung yang memaparkan sejarah-sejarah lama Perak contohnya Tanjung Tualang Tin, Jeram Papan Cascades, Kellie’s Castle, dan banyak lagi.
Seri Iskandar juga dimeriahkan lagi dengan pembangunan DMall, terletak bersebelahan D Hotel Seri Iskandar, yang membekalkan kawasan tersebut dengan pelbagai kedai makanan, fashion, dan juga pusat hiburan.
Bagi mereka yang berminat untuk mengenali Bandar Seri Iskandar denan lebih rapat, bolehlah merancang sesi percutian bersama kami di D Hotel Seri Iskandar melalui laman web kami di http://www.dhotel.my.
Sila ‘like’ page Facebook kami di http://www.facebook.com/dhotel.my untuk promosi-promosi dan berita terkini.

No comments:

Post a Comment