Wednesday 15 April 2015

KELLIE’S CASTLE


Kellie’s Castle adalah tempat kediaman bagi William Kellie Smith pada suatu masa dahulu, yang berasal dari Scotland. Oleh kerana jaraknya yang jauh dari kampung halamannya, William ingin membina tempat kediaman baru untuk memperingatkan akan suasana tanah air-nya di Scotland.
William Kellie Smith merupakan seorang yang agak aneh, juga sangat disukai dikalangan pekerja-pekerjanya yang terdiri daripada pendatang dari Selatan India. Oleh itu, dia telah membangunkan kuil hindu untuk pengunaan pekerjanya di halaman istananya sebagai tanda penghargaan kepada mereka.
Kellie’s Castle telah menubuhkan namanya setelah istana tersebut digunakan sebagai tempat perfileman filem Anna and The King pada tahun 1999. Selain daripada itu, istana tersebut juga dikatakan berhantu, dan dipenuhi dengan terowong rahsia dan bilik bawah tanah, yang telah menarik minat pelancong seantero dunia.
Bagi mereka yang berminat untuk mengujungi tarikan pelancong diatas, bolehlah merancang sesi percutian bersama kami di D Hotel Seri Iskandar melalui laman web kami di http://www.dhotel.my.
Sila ‘like’ page Facebook kami di http://www.facebook.com/dhotel.my untuk promosi-promosi dan berita terkini.

No comments:

Post a Comment